Wednesday, January 5, 2011

PATUNG MAZU Vs PATUNG MA SULU?

 

BARU-BARU ini saya berpeluang melawat tapak Patung Mazu di Kudat yang menjadi kontroversi selama ini kerana kejahilan pemimpin Sabah, terutama Ketua Menteri Sabah tentang agama Islam sekalipun menantunya, Datuk Haji Ariffin Ariff lulusan Universiti Al-Azhar.

Alangkah malunya saya sebagai seorang Islam apabila melihat komponen patung Mazu dijemur di atas tanah seperti nelayan menjemur ikan masin semata-mata kerana Musa Aman tidak membenarkan ianya dipasang dan terus menghina Tuhan penganut Mazu dengan mengulangi tawaran ‘Firaun’ agar lokasinya dipindahkan ke tempat yang lebih jauh daripada Masjid Assyikirin.

Saya malu kerana melihat Tuhan orang lain dihina Musa Aman yang bertuhankan ‘Wang’ tetapi mengaku beragama Islam sehingga memaksa Mufti Negeri Sabah mengeluarkan fatwa kepada penganut agama lain; tidak ubah seperti mengharamkan Kaum Tiong Hua makan khinzir.

Jika di Kelantan yang digelar ‘Serambi Mekah’ mempunyai Patung Buddha yang terbesar, kenapa Musa Aman mengamalkan hukum rimba seperti yang diamalkan arwah bapanya di ‘Pushtun’ yang berserban besar kerana otaknya kecil dengan melarang Patung Mazu didirikan di tapak yang asal?

Tidak pasti apa yang ada dalam kepala Musa Aman yang sudah merasakan dirinya kebal kerana menanti masa untuk menjadi TYT dan diberi gelaran Tun sebagai syarat untuk berundur; melainkan melakukan kekejaman kepada penganut agama lain sehingga mereka memandang serong ajaran dan fahaman agama Musa Pushtun yang mengaku beragama Islam sekalipun berperangai lebih dasyhat daripada Yahudi dan Komunis.

Majoriti pemimpin Islam di Kudat tidak pernah membantah melainkan Haji Harun yang dijanjikan jawatan Ketua Daerah yang menjadi dalang mencipta plot palsu bantahan umat Islam tetapi berperangai lebih ganas daripada Musa Aman kerana mempunyai Skandal dengan isteri orang.

Saya juga berkesempatan melawat Pantai Bak Bak yang diluluskan sebagai Tapak Mazu yang akan dibina oleh Kumpulan Sari Tan dan ‘penjilat pant*t’ Musa Aman, Datuk Albert Lim sebagai mempersendakan Tuhan penganut Mazu kerana mengadap Laut Sulu dan bukannya Mazu yang dibina Tan Sri Chong Kah Kiat yang membelakangi laut Sulu sebaliknya menghadap Laut China Selatan.

Sehubungan itu, sukacita saya menamakan Patung yang akan didirikan Chong Kah Kiat sebagai ‘Mazu’, manakala Patung yang akan didirikan kroni Musa Aman sebagai ‘Ma Sulu’ kerana menghadap Laut Sulu!  (FREESABAHKINI).

8 comments:

  1. Sememangnya hal sebegini tak patut berlaku di bumi Sabah yang cukup harmoni.

    ReplyDelete
  2. Hal patut diselesaikan segera jika betul dakwaan yang mengatakan komponen patung Mazu masih bertebaran atas tanah... Jangan biarkan hal ni terus melarat hingga menimbulkan ketegangan.

    ReplyDelete
  3. Soal agama memang agak sensitif. Apapun alasan perkara ini berlaku, saya cuma harap keharmonian di Sabah akan terus kekal.

    ReplyDelete
  4. Mungkin ada baikknya juga teguran ini diberi perhatian secara positif demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  5. Apapun saya percaya DMA tahu apa yang patut dibuat untuk menyelesaikan hal ni. Bagi saya takkanlah DMA sengaja undang kontroversi kan. huhu

    ReplyDelete
  6. Kes pembinaan patung Buddha di Kelantan tidak terpakai di Kudat kerana di Kelantan ia dibina di kawasan majoriti masyarakat Siam serta tidak mengundang bantahan penganut agama lain. di Kudat terdapat bantahan dikalangan penduduk sekitar malah ramai lagi yang memprotes pembinaan patung itu melalui FB. Pembinaan patung keagamaan harus bertujuan untuk hal ehwal peribadatan, bukan untuk pelancongan kerana tuhan bukan untuk dijaja tetapi untuk disembah.

    ReplyDelete
  7. pembinaan patung tersebut haruslah sesuai dgn tempatnya.

    ReplyDelete
  8. Why have to make a comparison?

    ReplyDelete