Wednesday, January 5, 2011

KERAJAAN BN SABAH TOLAK TUAH




Oleh: SURIATI MAHMUD

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) Sabah disifatkan sebagai menolak tuah dan terus menyebabkan bahagian utara Sabah yang berpotensi menarik pelancong sebagai kawasan yang terus mundur untuk melestarikan agenda mereka menjadikan rakyat Sabah miskin dan terus bergantung kepada ehsan BN.

“Kudat sepatutnya boleh maju dengan cepat jika Patung Dewi Laut Mazu dibenarkan didirikan di atas tapak yang telah disiapkan tanpa sebarang campurtangan politik,” ujar Johani Abdul Halim yang menyifatkan campurtangan kerajaan negeri Sabah mencabul kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan menghina agama Islam yang syumul.
Menurut Johani, beliau baru kembali daripada Kudat dan sedih dengan kekejaman Kerajaan BN Sabah yang munafik kerana menghalang pembinaan patung Dewi Laut Mazu yang mempunyai pelbagai fungsi; terutama untuk menarik pelancong ke Kudat.

Cadangan Kerajaan Negeri untuk membina Patung Mazu kedua di Pantai Bak Bak sebagai cadangan orang yang tidak masuk akal kerana pelancong tidak akan singgah ke Kudat sebagaimana sebelum ini selepas mereke melawat Simpang Mengayau.
“Cadangan Mantan Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat untuk membina patung Mazu sewajarnya disambut oleh seluruh warga Sabah untuk membuktikan bahawa tidak berlaku penindasan agama dan rakyat Sabah hidup secara harmoni tanpa mengambil kira asal keturunan dan fahaman agama; sekaligus melenyapkan tafsiran barat bahawa Islam adalah teroris,” ujar Johani yang juga Ketua Cabang PKR Silam.
Tegas Johani, jika 20 % daripada 200 juta penganut Mazu dunia menziarahi Kudat maka Kudat akan lebih maju daripada Langkawi dan Kota Kinabalu.
“Sekurang-kurangnya Kudat akan dibanjiri pelancong secara tetap dua kali setahun iaitu pada 23 Mac dan 9 September kerana dua hari besar ini merupakan hari kebesaran untuk penganut Mazu. Dengan ini Kudat akan membangun secara mendadak dan ekonomi Kudat yang lembap akan pulih serta merta,” ujar Johani yang menggesa agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak terlalu keras kepala dan menunjukkan sifat munafiknya melakukan kekejaman terhadap penganut agama lain.
Kini tibalah masanya kata Johani, warga Tiong Hua mentaati ajaran nenek moyang mereka dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri dalam pilihanraya umum akan datang untuk menghentikan kezaliman daripada berlarutan.
“Untuk apa kita cakap banyak kerana BN tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Tiong Hua sehingga terpaksa meminta izin untuk mendirikan rumah ibadah sekalipun di atas tanah persendirian, berbanding BN membina pusat maksiat secara wewenang,” tegas Johani yang merancang untuk menawan Kudat daripada BN pada pilihanraya umum akan datang.

16 comments:

  1. nampaknya isu mazu kini menjadi agenda politik pembangkang.

    ReplyDelete
  2. isu ini memang rumit untuk difahami. apa pun, penyelesaian terbaik pasti boleh dicapai jika semua menginginkannya.

    ReplyDelete
  3. Mungkin dekat-dekat PRU13 ini bermacam-macam cara pihak pembangkang lakukan untuk menang. Tapi biar rakyat yang fikirkan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Apa pula kaitan tuah dengan Sabah?

    ReplyDelete
  5. lihat dahulu reaksi penduduk sekitar samada mereka bersetuju atau tidak. jika tidak bermakna penolakan ini bukan atas pendirian KM Sabah... apa pusat maksiat yang ditubuh oleh BN? bersih sangatkah negeri2 PR? di Pulau Pinang sahaja beribu lesen rumah urut dan pusat hiburan dikeluarkan oleh DAP.

    ReplyDelete
  6. isu lama dibangkitkan semula atas kepentingan politik..

    ReplyDelete
  7. "Kini tibalah masanya kata Johani, warga Tiong Hua mentaati ajaran nenek moyang mereka dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Negeri dalam pilihanraya umum akan datang untuk menghentikan kezaliman daripada berlarutan."

    ketara sangat isu ini dipolitikan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka dan bukannya penyelesaian kepada isu ini..

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula kerajaan negeri sabah dikatakan mencabul kebebasan beragama? kerajaan bukan menghalang..ada tempat baru diberikan..bukannya kerajaan negeri memaksa rakyat menganuti satu2 agama..

    ReplyDelete
  9. jangan terpengaruh dengan kata2 pembangkang..

    ReplyDelete
  10. Tuah atau bukan tuah tidak berkaitan langsung.

    ReplyDelete
  11. I thought the state government has proposed a new location for Mazu state to be built?

    ReplyDelete
  12. Johari ni pulak lebih lebih, kalau berhala yang kita pertahankan tu jadi sembahan org, lebih lebih lagi kalau betul 20% dari 200 juta tu datang.. kau bayangkanlah dosa yang kau dapat..
    Johari politik2 jugak,

    ReplyDelete
  13. Hidup Mazu! Hidup Chung Kah Kiat. Hidup penyokong Mazu dari Sampulna. Kaya Kudat kerana Mazu. Kaya orang Kudat kerana Mazu. Maju Kudat kerana Mazu. Sokonglah Mazu. Sokonglag LDP! Bah Patung, Patung, Patung Mazu.

    ReplyDelete
  14. apa punya bangang johani abdul rahim, nama jer ISLAM tapi... tak percaya rezeki Allah s.w.t. beri lebih melimpah2. kalau Islam mengucaplah... mensyirikkan Allah dosa yang besar. masyallah!

    ReplyDelete