Wednesday, January 5, 2011

MUSA TIKAM LDP DARI BELAKANG?




Share
Saudara Pengarang,

SEBAGAI salah seorang pengundi BN di Sandakan, saya ingin bertanya kepada bekas YB LDP yang buat kejutan ‘Katak Puru’ baru-baru ini iaitu Datuk Peter Pang En Yin. Dia mengamalkan budaya politik Malaysia aliran dari mana? England, Amerika atau Afrika?

Saya tidak menyangka dalam sekelip mata boleh menjadi siluman katak yang melompat ke sana ke mari walaupun dalam kolam sendiri (Barisan Nasional) tetapi apakah Pang lupa kepada jasa ibubapanya yang memelihara beliau dengan kasih sayang daripada tapak kaki sebesar dua jari sehingga menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah?

Kalaulah kerana disebabkan bapanya (Pang) marah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan sekadar untuk menunjuk kesetiaan kepada boss atau rakan sekerja, apakah Peter Pang boleh menggantikannya namanya kepada Peter Musa?

Apakah budi, kasih dan jasa ibubapa boleh dinafikan oleh anak atau dihapuskan serta merta tanpa mengira agama dan bangsa?

Semasa pilihanraya umum lalu, Peter Pang bertanding atas tiket BN tetapi menggunakan panji-panji LDP. Tidakkah beliau sedikitpun tidak merasa terkilan mengkhianati para pengundinya yang mengundi LDP sekalipun hampir semua calon LDP cuba disabotaj oleh pemimpin UMNO dengan memasang calon bebas seperti penipu besar, David Fong Vun Fui?

Pang harus sedar, apa-apapun boleh terjadi dalam politik. Bagaimana nanti jika Perdana Menteri menggantikan Musa dengan pemimpin UMNO yang bersih dan berkaliber daripada Musa yang bergelumang dengan pelbagai Skandal. Ketika itu, di manakah kedudukan Pang? Apakah akan kekal setia kepada Musa? Bukankah ini memalukan diri sendiri namanya kerana taat secara membuta tuli di ambang kejatuhan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah?

Tidakkah Pang sedar bahawa Musa mempergunakan dirinya untuk menyelamatkan diri di saat akhir untuk membalas dendam kepada Chin Su Phin dan VK Liew dan semua pemimpin LDP kecuali Pang (yang membelot di saat akhir) ketika LDP memerlukan sokongan padu untuk mendesak Perdana Menteri melantik pemimpin baru menggantikan Musa, yang secara khianat menzalimi Dewi Laut Mazu; salah satu yang dijadikan punca balas dendam Musa dengan menikam LDP daripada belakang sedangkan pemimpin LDP bertanya atas semangat setiakawan ketika Mesyuarat BN berhubung semua projek di Sabah, bukan merujuk kepada Mazu.

Walaupun Pang diterima sebagai Ahli Gerakan, namun kesan buruk yang jelas kelihatan ialah penentangan daripada parti politik tempatan sehingga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Huguan Siou KDM, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan bahawa kerusi Ketua Menteri yang disandang Pang sebelum ini harus dikembalikan kepada parti tempatan Sabah; sedangkan Gerakan adalah Parti Semenanjung Malaysia.

Pang bersandiwara dengan mengukir kata-kata palsu di bibirnya bahawa beliau tidak dapat tidur kerana kesal LDP menentang Ketua Menteri Sabah secara lantang, terbuka dan membelakangkan semangat BN. Tetapi sekarang Pang mungkin boleh tidur lena, tetapi dia tidak sedar bahawa Musa dan Perdana Menteri kini tidak dapat melelapkan mata apabila terkenangkan kata-kata manis tetapi beracun yang dikeluarkan Pairin dan pemimpin parti komponen BN Sabah (selain UMNO) bahawa jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah (Walaupun tidak termaktub dalam Perlembagaan Sabah) tidak boleh diberikan kepada parti bukan tempatan Sabah.

Tanpa Pang sedar, kesannya, amalan tradisi di Sarawak akan menjangkit ke Sabah kerana di Sarawak jawatan Ketua Menteri mesti daripada parti tempatan sedangkan UMNO adalah parti Semenanjung!

Saya yang kenal rapat dengan bapa Pang berasa terharu dan hampir menitiskan air mata dengan pengkhianatan Pang kepada LDP apabila dia berkata;
“Haiya..anak saya Peter seperti anak lembu. Dia belum kenal harimau! Teruk lagi, baru naik heli LDP dalam dua tahun, dapat hadiah YB, Datuk dan Timbalan Ketua Menteri. Budak umur 2 tahun tunjuk eksyen pandai Sun-Chi Sam Kok Cina. He.he..padahal kena pukul banyak kali separuh mati, tapi tidak sedar.”

Salam Merdeka,

‘SUN TZU’ PING FA

(NOTA PENGARANG: Pendapat penulis surat ini adalah berdasarkan pengamatan dan pemikiran beliau sendiri dan tidak mencerminkan pandangan Sabahkini.net. Surat ini disiarkan bagi mengekalkan dasar ‘Langit Terbuka’ Sabahkini.net dengan tidak memihak kepada mana-mana blok. Harap Maklum)

14 comments:

  1. masing2 mempunyai pendirian. lebih baik jaga dan nilai pendirian sendiri dari terus menyibukkan diri mempertikaikan pendirian pihak lain.

    ReplyDelete
  2. Lain orang lain pandangannya, cuma yang pasti macam2 boleh berlaku dalam politik.

    ReplyDelete
  3. Soal Pang mahu sokong Musa tu biarkan sajalah... Kalau memang itu adalah pilihannya apa lagi yang mahu dikata.

    ReplyDelete
  4. Tambahan pula siapa2 pun bebas untuk melakukan apa yang mereka nak buat asalkan tak langgar undang2. Jadi layan sajalah karenah pemimpin politik zaman kini. hehe

    ReplyDelete
  5. Bagi saya apa yang paling penting ialah penilaian rakyat itu sendiri kerana undi rakyatlah yang akan menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  6. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti k:)

    ReplyDelete
  7. ianya keputusan dari Peter Pang untuk keluar dari LDP..lagipun ianya adalah masalah dalaman LDP di mana Peter tidak sehaluan dengan pemimpin LDP..

    ReplyDelete
  8. ianya adalah keputusan yang dibuat oleh peter sendiri untuk keluar LDP..tiada kaitan pun dengan orang lain...dia mahu ikut siapa pun, itu hak beliau..

    ReplyDelete
  9. masa PRU nanti, maka akan terjawab segala persoalan...tunggu dan lihat sajalah..

    ReplyDelete
  10. Saya rasa tidak mungkin CM akan membelakangi LDP kerana parti itu telah banyak menolongnya

    ReplyDelete
  11. Don't put your conclusion too quickly.

    ReplyDelete
  12. KM adalah seorang yg munasabah.

    ReplyDelete
  13. When people get jealous with you, you'll know.

    ReplyDelete