Wednesday, January 5, 2011
MUSA TIKAM LDP DARI BELAKANG?
| |
Share ![]() Saudara Pengarang, SEBAGAI salah seorang pengundi BN di Sandakan, saya ingin bertanya kepada bekas YB LDP yang buat kejutan ‘Katak Puru’ baru-baru ini iaitu Datuk Peter Pang En Yin. Dia mengamalkan budaya politik Malaysia aliran dari mana? England, Amerika atau Afrika? Saya tidak menyangka dalam sekelip mata boleh menjadi siluman katak yang melompat ke sana ke mari walaupun dalam kolam sendiri (Barisan Nasional) tetapi apakah Pang lupa kepada jasa ibubapanya yang memelihara beliau dengan kasih sayang daripada tapak kaki sebesar dua jari sehingga menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah? Kalaulah kerana disebabkan bapanya (Pang) marah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan sekadar untuk menunjuk kesetiaan kepada boss atau rakan sekerja, apakah Peter Pang boleh menggantikannya namanya kepada Peter Musa? Apakah budi, kasih dan jasa ibubapa boleh dinafikan oleh anak atau dihapuskan serta merta tanpa mengira agama dan bangsa? Semasa pilihanraya umum lalu, Peter Pang bertanding atas tiket BN tetapi menggunakan panji-panji LDP. Tidakkah beliau sedikitpun tidak merasa terkilan mengkhianati para pengundinya yang mengundi LDP sekalipun hampir semua calon LDP cuba disabotaj oleh pemimpin UMNO dengan memasang calon bebas seperti penipu besar, David Fong Vun Fui? Pang harus sedar, apa-apapun boleh terjadi dalam politik. Bagaimana nanti jika Perdana Menteri menggantikan Musa dengan pemimpin UMNO yang bersih dan berkaliber daripada Musa yang bergelumang dengan pelbagai Skandal. Ketika itu, di manakah kedudukan Pang? Apakah akan kekal setia kepada Musa? Bukankah ini memalukan diri sendiri namanya kerana taat secara membuta tuli di ambang kejatuhan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah? Tidakkah Pang sedar bahawa Musa mempergunakan dirinya untuk menyelamatkan diri di saat akhir untuk membalas dendam kepada Chin Su Phin dan VK Liew dan semua pemimpin LDP kecuali Pang (yang membelot di saat akhir) ketika LDP memerlukan sokongan padu untuk mendesak Perdana Menteri melantik pemimpin baru menggantikan Musa, yang secara khianat menzalimi Dewi Laut Mazu; salah satu yang dijadikan punca balas dendam Musa dengan menikam LDP daripada belakang sedangkan pemimpin LDP bertanya atas semangat setiakawan ketika Mesyuarat BN berhubung semua projek di Sabah, bukan merujuk kepada Mazu. Walaupun Pang diterima sebagai Ahli Gerakan, namun kesan buruk yang jelas kelihatan ialah penentangan daripada parti politik tempatan sehingga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Huguan Siou KDM, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan bahawa kerusi Ketua Menteri yang disandang Pang sebelum ini harus dikembalikan kepada parti tempatan Sabah; sedangkan Gerakan adalah Parti Semenanjung Malaysia. Pang bersandiwara dengan mengukir kata-kata palsu di bibirnya bahawa beliau tidak dapat tidur kerana kesal LDP menentang Ketua Menteri Sabah secara lantang, terbuka dan membelakangkan semangat BN. Tetapi sekarang Pang mungkin boleh tidur lena, tetapi dia tidak sedar bahawa Musa dan Perdana Menteri kini tidak dapat melelapkan mata apabila terkenangkan kata-kata manis tetapi beracun yang dikeluarkan Pairin dan pemimpin parti komponen BN Sabah (selain UMNO) bahawa jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah (Walaupun tidak termaktub dalam Perlembagaan Sabah) tidak boleh diberikan kepada parti bukan tempatan Sabah. Tanpa Pang sedar, kesannya, amalan tradisi di Sarawak akan menjangkit ke Sabah kerana di Sarawak jawatan Ketua Menteri mesti daripada parti tempatan sedangkan UMNO adalah parti Semenanjung! Saya yang kenal rapat dengan bapa Pang berasa terharu dan hampir menitiskan air mata dengan pengkhianatan Pang kepada LDP apabila dia berkata; “Haiya..anak saya Peter seperti anak lembu. Dia belum kenal harimau! Teruk lagi, baru naik heli LDP dalam dua tahun, dapat hadiah YB, Datuk dan Timbalan Ketua Menteri. Budak umur 2 tahun tunjuk eksyen pandai Sun-Chi Sam Kok Cina. He.he..padahal kena pukul banyak kali separuh mati, tapi tidak sedar.” Salam Merdeka, ‘SUN TZU’ PING FA (NOTA PENGARANG: Pendapat penulis surat ini adalah berdasarkan pengamatan dan pemikiran beliau sendiri dan tidak mencerminkan pandangan Sabahkini.net. Surat ini disiarkan bagi mengekalkan dasar ‘Langit Terbuka’ Sabahkini.net dengan tidak memihak kepada mana-mana blok. Harap Maklum) |
BN ALLY SEEKS TO MEND LDP

By: JOE FERNANDEZ
THE United Pasok Momogun KadazanDusunMurut Organisation (UPKO) has risen to the defence of the Liberal Democratic Party (LDP). It wants the rebel BN party to be given a chance to explain its stand on Sabah Chief Minister Musa Aman.
This follows LDP allegations that it was prevented from speaking out during the Sabah BN meet last week.
" We have to make sure that the problem will not escalate to a level that will weaken the BN and erode public confidence in the coalition," said Upko Vice-President and senator Maijol Mahap. "LDP must explain to Sabah BN and not just the Prime Minister."
He was calling for damage control measures following stepped up Sabah Umno attacks on the LDP in the wake of its no confidence stand on Musa.
He noted that the LDP had also gone public with the allegation that it was insulted during the recent Sabah BN meet, complained about being marginalized and railed against "the extremist notion of one race dominating over the others".
The Upko veep thinks it's still not too late for the LDP to be given the opportunity to explain its unhappiness with the chief minister and the BN "and mend the dented bridge". The barrage of attacks against the party from Sabah Umno leaders would not help resolve the situation amicably, he added.
The Senator pointed out that the Sabah BN has gone through many obstacles from its inception and there was no reason why the coalition could not handle LDP in a manner that would continue to maintain public support.
"It is crucial for other BN component parties to ask themselves why LDP leaders had acted in such a manner," warned Maijol. "We need to understand why the LDP episode happened."
Maijol isn't sure that BN component parties really understand and care for each other by providing an avenue to "harmonise and permeate (strengthen) our relationship".
"If one of us goes sulking, the other brothers should understand why," said Maijol. "If a BN component party talks to much and expresses displeasure with the coalition or the leadership, there must be reasons why it behaves like that."
The senator pointed out that the LDP was the oldest party in the ruling Sabah coalition and had been a good member despite Sabah Umno attacking its leaders instead of making attempts to bridge the differences.
Pointing to path of peace
"This is a challenge for Sabah BN chairman and Chief Minister Musa Aman to win back the heart of the LDP before it reflects badly on him," he said. "The LDP should be given a chance to sit down with us again so that they can help diffuse further tension and escalation."
He conceded that it won't be easy for Musa, and with good reasons, but nevertheless the attempt must be made. The chief minister appeared to burn his bridges with the LDP after he publicly expressed disappointment last weekend with attempts to bring up the aborted Mazu-Goddess of the Sea statue project in Kudat during a rare Sabah BN meet last week on Tuesday.
Maijol stopped short of calling for another Sabah BN meet to provide LDP an avenue to pour out its heart to its fellow component members.
There had been only two Sabah BN meets this years after a lapse of four years. The absence of regular meets has been a sore point with the LDP which has taken to the media to wash its dirty linen.
UPKO president Bernard Giluk Dompok, likewise, opined that it was not the done thing for BN component parties to pass judgment on a fellow component party. "I wouldn't want to assess them (LDP) on this. It is not proper and it will not help the BN," said Dompok.
The Upko president stressed that his party prefers to agree to disagree when there are some differences with the other BN component parties that cannot be bridged. Still, he feels that there has to be some leeway in the BN to make all parties feel comfortable with the coalition.
"We leave it to the LDP to sort out things with the state government," said Dompok making a distinction between the BN coalition and the state government. "They said they can no longer work with the Chief Minister."
Dompok, who is also the Federal Minister for Plantation Industries and Commodities, noted that the LDP still supported the BN concept of power-sharing and consensus-and-compromise. They have also pledged to co-operate with Umno and fully support the prime minister, he added.
Stirring call to respect high office holders
Meanwhile, there has been no let-up in Sabah Umno attacks against the LDP. The other component parties maintain a discreet silence.
Deputy Chief Minister, Datuk Yahya Hussin called on the LDP to "make use of proper channels if they want to voice out their dissatisfaction with any component party".
Umno Penampang Division Chief, John Ambrose said that the BN component parties should not condone the public humiliation of Musa (by the LDP).
"We have to respect as the Sabah BN and Umno chief because the appointment comes from the Prime Minister who is also BN chief and Umno president," said Ambrose.
"If the LDO opposes Musa, it shows that it doesn't respect the prime minister."
Kalabakan MP Abdul Ghapur Salleh, one of those being blamed for engineering a crisis with LDP, labelled the party as ‘rojak (in a mess)’ with no future (in BN). "In the BN we are all equal," claimed Ghapur. "If there is something wrong, tell it in a respectful way."
FORMULA LOMPAT PARTI, HANCURKAN BN?
Share![]() Oleh: GONOD SUNDA SEJENAK selepas pergolakan parti parti komponen BN di Semenanjung Malaysia seperti Gerakan, MIC, UMNO, PPP dan MCA reda seketika kini timbul lagi pergolakan sebuah parti tempatan LDP yang dianggap sebuah parti ‘senior’ dalam komponen BN di Sabah bersama dengan parti AKAR (sudah dibubar) sebuah parti ‘multi racial’ tempatan pada ketika itu. Kemelut pergolakan LDP-Umno di Sabah itu, semakin diburukkan lagi situasi politiknya apabila pemimpin kanan LDP itu yang juga seorang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Pang secara tiba-tiba mengumumkan keluar daripada LDP sekaligus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah tetapi masih mengekalkan statusnya sebagai Adun Karamunting meletakkan suasana kepimpinan LDP dalam keadaan terus tertekan. Senario ini mengingatkan semua rakyat Sabah bahawa apa yang berlaku dengan SAPP suatu ketika dahulu rintangan politiknya seakan-akan sama dengan apa yang sedang mendepani kemelut kepimpinan LDP ketika ini. Malahan penderhakaan segelintir pemimpin SAPP yang meninggalkan bahtera SAPP dan masih bersama BN di saat-saat mereka diperlukan bagaikan dimakan arus sumpah SAPP malahan sumpahan itu terus ‘mengena’ sehinggakan pemimpin kanannya ketika itu yang juga seorang Timbalan Ketua Menteri terpaksa hinggap ‘mengemis meminta suaka politik’ kepada sebuah parti yang kurang ternama di bumi Sabah suatu ketika dulu semata-mata untuk meneruskan cita-cita dan 'survival' politik mereka di bawah telunjuk ‘Mahaguru’ barunya. Ramalan demi ramalan terus bermain di kepala 'peramal bintang kedai kopi' bahawa senario yang dialami kawan Raymond Se Sandakan dengan Pang mungkin akan mewah seketika sehingga PRU13, namun rakyat di kawasan mereka sudah pun berkira-kira dan mencongak-congak masa depan karier politik kedua-dua pemimpin serpihan ini sama ada masih diterima oleh pengundi kawasan masing-masing atau sebaliknya. Jika tidak! Jawapannya amat mudah mereka akan berada di senarai antara pemimpin ‘makan pencen’ untuk selama-lamanya. Ramai yang berpendapat bahawa kemelut kepimpinan LDP ketika ini bukanlah suatu tekanan tetapi sebaliknya kini LDP melalui suatu proses 'Re-Branding' terhadap tahap kesabaran, kesetiaan dan keberanian pemimpin-pemimpinnya yang seolah-olah dalam proses menapis kredibiliti dan pendirian perjuangan pemimpinnya. Kini, ternyata sudah terdapat seorang daripada pemimpin kanannya terkeluar daripada jenis baka pemimpin yang tulen yang disangkakan mampu melawan arus dan kini beliau bersiap sedia mengharungi dunia politik lain dan dijangka akan menjadi ‘pengemis politik untuk mencari suaka politik dari rakan-rakan komponen yang lain atas perintah Tok Guru Cucu Datuk Merah’. Kemungkinan talian hayat politik Pang akan terselamat dan nilai saham politiknya masih di paras ‘Dinar’ jika Pang tidak teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN Karamunting dari sekarang untuk membuktikan pegangan kenyataannya yang memilih Musa Aman sebagai idola politiknya berbanding V.K.Liew bekas bossnya, yang pernah berhempas pulas mengangkatnya ke takhta politik yang lebih tinggi dan selesa berbanding Teo dan Chin yang kini lantang bersuara menuntut keadilan dari Musa dan BN. Kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Dato’Seri Najib Razak ketika mengulas perletakan jawatan Pang dan tindakannya keluar dari LDP tanpa segan silu terus menyatakan Pang keluar LDP akan berhijrah ke Gerakan. Apakah Najib sudah merancang perkara ini lebih awal, kalau tidak, mengapa Najib terus sahaja menyatakan bahawa Pang akan berhijrah ke Gerakan? Wajarkah seorang Pengerusi BN bertindak sedemikian rupa tanpa berunding terlebih dahulu apabila seorang pemimpin BN melompat dari parti ke parti dalam parti komponen BN! Apakah perasaan parti komponen BN yang terlibat yang seolah-olah dimalukan dengan tindakan sebegini rupa bertujuan menggertak LDP dan V.K.Liew atau antara lain perkataan mereka berusaha bersungguh sungguh men’demoralise’kan LDP? Segenap lapisan rakyat yang menyokong dan mengundi LDP pada PRU12 kini terus tergamam dan tertanya-tanya di hati kecil mereka bahawa apakah isu yang paling besar dihambatkan oleh LDP kepada BN sehinggakan LDP disisihkan secara tidak demokratik. Kebanyakan rakyat dan pengundi LDP tahu ialah isu MAZU di Kudat dan isu Ketua Daerah Kudat, Haji Harun Bidin yang memecat 8 pemimpin masyarakat tanpa pengetahuan wakil rakyat Tanjung Kapor, Datuk Teo Chee Kang. Isu MAZU yang sangat popular di kalangan masyarakat Cina, khususnya di Kudat. Bagi mereka, sepatutnya Musa, selaku Ketua Menteri terus berpegang teguh kepada keputusan awalnya (yang telah pun mempersetujui lokasi cadangan itu di peringkat awal menurut mantan Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat) dan bukan bersikap berbelit-belit dengan menukar keputusan di saat-saat akhir menjadikan gangguan besar kepada proses pembinaan patung MAZU. Akibat daripada keputusan Musa yang sering berubah-ubah membuatkan ramai masyarakat Cina merasa marah dan kurang senang dengan kelibat Musa yang dilihat seolah-olah ibarat ada udang di sebalik batu, malah lebih sinonim dengan cerita donggeng wayang Indonesia sekitar tahun 1970-an yang bertajuk ‘Pembalasan Si Pitung’(sebuah kisah seorang pedagang yang suka memendam dendam). Apa pun riak-riak ini, sudah menunjukkan bahawa bahtera UMNO-BN akan karam pada bila-bila masa sahaja dari sekarang yang bukan sahaja di Sabah dan Sarawak tetapi juga meliputi Semenanjung Malaysia. Nyatalah bahawa andaian tokoh-tokoh politik veteran dalam pembangkang bahawa Sabah dan Sarawak bukan lagi ‘Fixed Deposit’ tetapi kini telah bertukar kepada ‘Lost Deposit’ adalah tepat dan benar. |
LDP SUPPORTS ITS DEPUTY'S STAND
UNFORTUNATE FOR LDP FOR DRAGGING MAZU ISSUE
BENARKAH LDP AKAN JADI PEMBANGKANG DI SABAH?
![]() Oleh: HAJI GHULABDIN ENJIH PERGESERAN antara Timbalan Presiden Parti Liberal Demokeratik (LDP) Sabah, Datuk Chin Su Phin dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak boleh disembunyikan lagi apabila kedua-dua pemimpin itu telah menyatakan perasaan tidak senang dan tidak sebulu di antara mereka. Apakah LDP menerusi Timbalannya Chin Su Phin berani mencadangkan agar LDP menjadi pembangkang di Sabah dan menyokong BN di peringkat Pusat? Layanan hambar Musa selaku Pengerusi BN Sabah kepada wakil LDP semasa mesyuarat BN negeri baru-baru ini, yang didakwa oleh Chin Su Phin memperlekehkan perjuangan mereka mengenai isu penting Patung MAZU di Kudat, atas alasan Musa ianya bukan keutamaan untuk dibincangkan. Sebaliknya, menurut pemimpin nombor 2 LDP itu menggambarkan sikap ‘tidak peduli’ Musa terhadap sebarang isu rakan gabungannya semasa mempengerusikan mesyuarat BN. Jesteru itu ia hanya mahukan pandangannya semata-mata mesti didengar, tetapi Musa tidak mahu mendengar apa yang pemimpin LDP hendak katakan. Sementara itu, Musa mempertahankan dirinya dan berpandangan tindakan pemimpin LDP yang tidak rasional dengan membangkitkan isu yang dianggapnya telah diselesaikan menerusi Mahkamah tidak perlu lagi ditimbulkan dalam mesyuarat BN. Apa yang patut diketengahkan dalam mesyuarat penting yang jarang diadakan itu ialah soal politik yang mencakupi persiapan BN dalam memperkukuhkan parti masing-masing termasuklah membincangkan isu utama kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan Individu tertentu dalam LDP semata. Pada 26 Julai lepas, Mahkamah Persukutuan di Puterajaya menolak permohonan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga bekas presiden LDP, untuk merayu terhadap keputusan kerajaan negeri menarik balik keputusan membenarkan Patung MAZU (Dewi Laut) setinggi 36 meter di Kudat. Jadi berdasarkan kepada isu yang dianggap selesai itu, LDP wajar mengunakan tempat bermesyuarat bersama komponen BN yang lain untuk menyuarakan pandangan bagaimana menjadikan Negeri Sabah tempat yang lebih selesa untuk rakyat pelbagai kaum. Jika telah jelas secara terang yang kedua pemimpin ini mempunyai krisis mereka tersendiri, sehingga dengan lantang Chin Su Phin menyatakan dengan tegas untuk tidak menyokong Musa selaku Ketua BN Sabah dan juga Ketua Menteri, sudah pasti situasi tegang pimpinan BN ini akan menyebabkan kekuatan dan keutuhan BN di Negeri Bawah Bayu yang selama ini menjadi kebanggaan pimpinan BN akan mencairkan ‘Fixed-Defosit’ atau simpanan tetap politik BN pusat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Meskipun tegas dengan pendirian tidak menyokong Musa, namun LDP, kata Chin Su Phin masih sanggup bekerjasama dengan Umno dan sekali gus menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dalam merealisasikan Visi 1 Malaysia. Selepas mesyuarat BN Negeri yang dianggap mengecewakan LDP baru-baru ini, Chin Su Phin dikatakan mengambil langkah drastik untuk mengadakan mesyuarat dengan kalangan Ahli-Ahli Majlis tertinggi LDP kecuali Presidennya Datuk V.K. Liew yang pada ketika itu dalam lawatan sambil bekerja ke Luar Negara. Apakah mesyuarat LDP itu membincangkan keinginan mereka untuk meminta pucuk pimpinan pusat agar mengantikan Musa dengan pemimpin lain yang sebulu dan boleh diterima oleh LDP serta pimpinannya?. Api marah membakar LDP dalam perjuangannya selama ini bukan semata-mata akibat pergeseran tentang Patung Mazu, malah ia termasuklah pemecatan beberapa orang pemimpin tempatan penyokong LDP di Kudat yang dikatakan dilakukan oleh Pemimpin Umno kawasan itu, Haji Harun Bidin yang juga Ketua Daerah Kudat, dengan LDP beralasan Musa selaku Ketua Menteri dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor menghalalkan tindakan itu. Chin Su Phin tidak yakin bahawa tindakan benar-benar diambil oleh pucuk pimpinan BN sabah terhadap Haji Harun meskipun dia didakwa oleh LDP memberi sokongan kepada pembangkang dan menentang BN dalam pilihanraya umum Mac 2008. Jawapan Hajiji semasa mesyuarat itu menjelaskan yang beliau telah memanggil Haji Harun dan memberi amaran kepadanya supaya tidak merosakkan imej BN. Sebenarnya dalam hemat LDP tindakan yang lebih tegas harus diambil kepada Haji Harun dengan membuat siasatan lebih menyeluruh dan bukan sekadar membuat amaran yang akhirnya mengundang rasa tidak percaya pimpinan LDP terhadap kredibiliti Musa selaku Ketua Pentadbir Negeri. Apakah isi kandungan memorandum yang akan dikemukakan kepada Pengerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri selepas mesyuarat tanpa dihadiri Presiden LDP, V.K Liew?. Apakah LDP mahu pimpinan pusat BN agar mengambil tindakan untuk mengantikan Musa atas ketegasan mereka tidak boleh berkerjasama dengannya? Tetapi tidakkah LDP sedar bahawa Musa masih mendapat sokongan yang kuat daripada komponen BN yang lain-lain di Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), UPKO, MCA, MIC dan Gerakan?. Apapun, penyokong BN mengharapkan pergeseran ini tidak akan berlarutan yang memperlihatkan LDP membawa haluannya sendiri. Penyokong BN nyata sudah cukup teruja dengan tindakan yang diambil oleh rakan komponennya Parti Maju Sabah (SAPP) yang sekarang berlagak sumbang di luar BN, seharusnya dalam mendepani kemelut ini pemimpin BN Sabah sanggup menjadikan kekuatan dan kemantapan BN sebagai agenda yang utama. Janganlah mengambil sikap mempertahankan diri sendiri seperti Pak Kadok, ‘Menang Sorak Kampung Tergadai.’ |
Subscribe to:
Posts (Atom)





